- Pokok gajus merupakan pokok kayu keras berketinggian 10 - 13 meter.
- Berasal dari timur Brazil,tetapi sudah banyak ditanam dan tumbuh di kawasan beriklim tropika
- Unik kerana bijinya diluar serta berbentuk ginjal atau buah pinggang.
- Buahnya berkulit keras,namun bila sudah matang berwarna kuning dan kemerahan serta berbau wangi.
- Nama saintifiknya ialah Anacardium Occidentale atau Cashew di dalam bahasa Inggeris.
- India dan Vietnam merupakan pengeluar terbesar biji gajus serta bahan hasil proses,manakala USA merupakan pengguna terbesar di dunia.
- Gajus digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional.
- Di malaysia daun gajus dijadikan ulam
- Daun gajus digunakan secara tradisional untuk erawat sakit gigi,kulit terbakar,cirit birit,sakit perut,kencing manis dan membersihkan mata.
- Bunga gajus digunakan untuk merawat batuk.
- Buahnya boleh dibuat jus dan diminum untuk merawat sakit kerongkong,penyakit kulit,p menghalang pelawas,melegakan muntah dan menghalang keguguran rambut.
- Air rebusan batang gajus dikatakan boleh merawat sakit gigi,sakit gusi,malaria,cirit-birit,sakit kerongkong dan ulser mulut
- Kajian saintifik telah membuktikan daun gajus mempunyai kesan antioksidan,baik untuk melawan agen kanser
- Buahnya secara saintifik mampu bertindak sebagai agen antikulat dan anti bakteria.
- Namun kesan saintifik yang terbukti ialah daunnya yang mampu bertindak mengubati kencing manis atau diabetes
- Buahnya juga secara saintifik bertindak sbagai antiinflamatori di dalam mengubati pelbagai kesan penyakit kulit terutamanya kulit terbakar atau pecah.
- Bijinya dikeringkan dijadikan snek serta minyak yang digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat.
Wednesday, 2 May 2012
KHASIAT BUAH GAJUS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment